Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan

Khamis, 25 Februari 2010

beliau kekasih ALLAH...

salam alaik...bersiaran jam 3.10 pg..kihkihkih..jgn2 aku asomnia x?naudzubillah...mintk jauhkn...

ok...entri kali ni mcm nk mengajak kalian mengungkap kekasih ALLAH..MUHAMMAD BIN ABDULAH SAW...bkn mcm lg tp mmg btl2 ni..(^_^)

satu ketika aku bc buku 'Aisyah Keanggunan Sebenar' hadiah istimewa dari seorg makhluk ALLAH...tima ksh ust ^_^...dlm buku 2 mcm2 cite ttg baginda yg aku hayati..smua nya sgt sempurna...Baginda sgt kamil n syumul bg pndgn mata ku..(aku sure kalian jg beranggapan yg sma)...

kisah yg plg aku trsentuh btpa Baginda memuliakn kaum hawa ni...smpaikn ada sabda Baginda menyatakan..'sebaik2 kamu adlh yg memuliakn wanita'....tgk! aku syangkanmu KEKASIH ALLAH...
Baginda sgt2 menjaga wanita baik wanita itu kanak2, dewasa mahupn org tua...pernah satu ketika slps Baginda menikahi Aisyah Ummul Mukminin, Baginda dtg menziarah Aisyah di rumah Abu Bakar As-Siddiq...Baginda terdengar Aisyah dimarahi ibunya, dan tika 2, Baginda menegur ibu Aisyah n menyatakan jika kamu marahi Aisyah, seumpama kamu memarahi aku.....sgt gentle n budimannya kekasihMU YA ALLAH....
ingin skali aku menatap wajahmu YA RASULULLAH...ingin skali aku mengikuti mu YA HABIBULLAH..ingin skali aku mendampingmu..ingin skali aku................!!

Baginda sbaik2 manusia yg diciptaknNYA....pernah aku terbaca rintihan seorg shbt berkenaan akhlak org2 arab di Timut Tengah yg sgt2 ksr n lgsung tidak menghormati tetangga...aku jd berfikir, bagaimana sebutir MUTIARA ini mmpu menangani mrka dgn sbaik2 akhlak..berlmh lembut dlm berdakwah, sntiasa memaniskn wjh dlm bermuamalat...sabar nya kamu wahai Sallallahua'laihiwassalam....kerap jg aku kalah dlm menyebar dakwah diklgn shbt, 2 bru klgn akhwat muslimat yg sefikrah dgnku, bgaimana hebatnya kamu duhai NABI dlm menyebarkn dakwah n ukhwah..aku kagum! teramat kagum!......masakan Baginda blh jd KEKASIH ALLAH jika akhlaknya spt org kebanyakn wahai diri??

pernah jg satu pagi tika bersiap2 utk ke kelas...biasanye, kami akn berjln kaki bersma 1 rumah ke kolej....kelaziman bilikku akn dipsg ayat Quran sesudah subuh..namun pagi 2, teringin skali psg kaset in-team 04 yg baru dibeli kak chik...wlupn radio kesyg ni kdgkala mengundang pecah perut shbt2 yg lain dek suara 'donald duck'nye, tp 2 la penghibur dikala pagi..nk bkak laptop mls..huhu...lps satu lagu ke satu lagu memecah suasana pagi kami yg kelam kelibut 2, tibala ke lagu akhir...Pemergianmu...
aku wk2 2 tgh siap2 nk pkai tudung....senyap sunyi rmh menghayati lirik lagu 2..tanpa sdr, msg2 teresak2 menangis dpn cermin...sayu sggh bait2 lagu 2..lbh2 lg pd bait "beralun zikir menutur kasih, pada ummat dan akhirat......." sayu bbnr rsnye....ahli bait ku sme2 terbuai prasaan...n akibatnye...kami smua kna berdiri dlm kelas tasmi' sbb lewat...hikhikhik

ble time minum pagi, kami berbual (aku lbh suke gna bhasa berusrah krn kami mmg keluarga)
msg2 meluah rasa..teringat ttg sayunya hati mengingati btapa Baginda risaukan umat2nya tika ketiadaan Baginda kelak hinggakn lafaz "UMMATI...UMMATI...UMMATI....." dihujung nafasnya...
shbt yg sorg menambah, btpa pilunya tika Baginda menitip nasihat kpd menantunya ALI utk ummatnya agar jgn meninggalkn solat n berpegangla pd Al-Quran n Sunnah...skali lg kami dibuai2....sgt2 terkesan moment 2 pd aku sbnrnye..dlm ukhwah ada dakwah..rindu padamu sahabat!

esok, 12 Rabiulawal kelahiran Nabi Junjungan Besar SAW....hanya selawat n salam aku utus padamu YA RASULULLAH....mg aku sntiasa meneladani mu Ya Habibi..
AKU SAYANG KAMU MUHAMMAD SALLALLAHUA'LAIHI WASSALLAM....ALLAHummaftah alaik...

Pemerianmu...In-Team

kau masih tersenyum
mengubat lara...
selindung derita yg kau rasa
senyuman yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan......

hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
dipangkuan isterimu Humaira'
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yang Esa...

Tangan dicelup di bejana air
kau sapu dimuka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada ummmat dan akhirat.........

dan tibalah waktu ajal bertemu
penuh ketenangan jiwa mu berlalu
linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu
Oh sukarnya utk ummat menerima
bahkan payah utk umar mempercaya
tetap iman merelakan jua
bahawa manusia....kan mati akhirnya

tak terlafaz kata
mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cintamu selamanya...

Ya RASULALLAH
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
dan bersaksilah sesungguhnya..
KAMI MERINDUIMU...........


mari sama2 kita menghayati perjuangan Baginda Penghulu Segala Nabi!
mg semaian kasih n rindu pada Kekasih ini sentiasa segar seiring zaman!

p/s: RASULULLAH SALLALLAHUALAIHI WASSALLAM sgt2 menyayangi ummatnya...dan kita sbgai ummatnye, tak malu ke jika membiarkn Baginda hanya menyintai tanpa dicintai???
mari SEMAIKAN n TABURKAN Kasih Sayang pd Baginda SAW..!!

'sabar itu indah'

Isnin, 7 Disember 2009

mrsm tahfiz..

semalam aku ada baca dlm berita mingguan...
mrsm terengganu dipilih sebagai mrsm pertama yg menjalankan sistem hafazan n akademik di malaysia...
menjalankan sistem Ijtihadik,Quranik n ape ntah...nnt aku cek blk...
seronok membaca bidang tahfiz ni diperluaskan ke mata pemimpin malaysia ni...sekurang2nya masih ada yg sedar...bkn mereka xsedar selama ni, tapi bt2 xsedar...(ops...adakah,.........??? hehe)
xtau ke diorang inilah 'saham' mereka bile melahirkan intelektual berlandaskan Al-Quran??
banyak pahala 2....

p/s: susahnye menjadi pemimpin n mudahnye menjadi pemimpin..
setiap yg diciptaNYA ada yg tersirat n tersurat...
"wALLAHu aliyun hakim"

Selasa, 1 Disember 2009

Lakukan 10 tips meraih kebahagiaan

1- Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
…dan orang yang memohon ampun diwaktu sahur. (surah Ali Imran : 17)

2- Menyendiri untuk bertafakkur
…dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (surah Ali Imran :191)

3-Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya…(Al-Kahfi :28)

4-Perbanyakkan zikir
berzikirlah kalian dengan meyebut nama Allah sebanyak-banyakknya.)surah Al- Ahzab : 41)

5-Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyu
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk.(surah Al-Mukminun : 2)

6-Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
Apakah mereka tidak mahu mentadabbur(menghayati isi )Al-Quran. (surah An-Nisa’ :2)

7-Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang panas
Ia meninggalkan makanan,minuman dan syahwat kerana Aku.(Hadith)

8-Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.(Hadith)

9-Meringankan beban seorang muslim yang tengah dalam kesulitan
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim didunia maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat (Hadith)

10-Usahakan menjalani hidup didunia dengan zuhud
اSedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lenih kekal (surah Al-A’la : 17)

Rabu, 25 November 2009

HAJI

Haji di dalam al-Qur’an


Adakah al-Qur'an menunjukkan cara ibadah Haji? Itulah soalan yang selalu ditanya oleh sesetengah pihak. Lantaran, soalan tersebut cuba dijawab di kertas ini.
Usaha mencari jawapannya bermula dengan meneliti ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "Haji", dan kemudian kepada ayat-ayat lain di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan Haji disentuh. Ayat-ayat itu banyak.
Wajib
Daripada al-Qur'an, didapati bahawa amalan Haji dan penyempurnaannya adalah perintah Tuhan. Terdapat tiga ayat yang membawa perintah itu, dan mereka adalah:
“Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah” (2:196).
"Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana” (3:97).
“Dan serulah manusia kepada haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam" (22:27).
Maka, dengan itu, Haji adalah wajib untuk disempurnakan oleh hamba-hamba-Nya yang mampu membuat perjalanan ke Rumah dan melakukan beberapa suruhan-Nya di sana.
Bila
Haji bermula pada 1 hari bulan atau awal bulan. Bulan-bulan haji pula adalah diketahui, kata-Nya, iaitu pada bulan-bulan haram yang empat. Ayat-ayat Allah yang berikut menjelaskannya:
“Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, ‘Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji’” (2:189).
“Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui” (2:197).
“Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya HARAM (hurum). Itulah agama yang betul” (9:36).
Kaitan antara bulan-bulan Haji dengan bulan-bulan haram dapat dibuktikan dengan mengumpul beberapa ayat yang bersangkutan dengan mereka. Sila click di sini untuk melihatnya.
Bulan-bulan Haji, atau bulan-bulan haram, adalah dari bulan Haji dan berterusan selama empat bulan selanjutnya (9:2).
(Untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang catatan sejarah mengenai kalendar Islam dan kalendar yang dipakai oleh orang-orang Jahiliah yang mengandungi 13 bulan setahun, sila click di sini. Mungkin kerana itulah Tuhan menegaskan bahawa bilangan bulan dalam setahun adalah dua belas. Terima kasih kepada seorang sahabat yang mengirimnya beberapa tahun lalu.)
Hurum
Perkataan hurum yang telah disebut adalah apa yang difahamkan umum sebagai ihram. Kalimat tersebut sebenarnya adalah kata jamak bagi haram. Ayat-ayat yang mengandunginya ada lima, dan mereka adalah seperti di bawah:
"... supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam hurum (haram / ihram)." (5:1)
"janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam hurum (haram / ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya." (5:95)
"Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam hurum ( haram / ihram);" (5:96)
"Kemudian, apabila bulan-bulan hurum ( haram) telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka ....." (9:5),
dan kelima, ayat 9:36, yang telah dipetik tadi.
Maka frasa "dalam hurum" bermaksud "dalam haram" kerana bulannya haram.
Ihram
Oleh kerana hurum didapati berkaitan dengan Kaabah (5:95 tadi), dan Kaabah di situ berkaitan pula dengan Haji, maka "dalam hurum" disimpulkan kepada "dalam keadaan mengerjakan Haji" atau dengan ringkasnya disebut di sini sebagai "ihram", seperti yang diketahui umum.
Seseorang berada dalam keadaan itu setelah dia menetapkan dirinya untuk mengerjakan ibadah Haji. Terdapat pula beberapa larangan sesudah menetapkan diri untuk haji, dan semasa ihram. Larangannya adalah bercampur dengan isteri, berbuat fasiq, berbantahan, dan juga, membunuh binatang buruan. Firman-Nya,
"Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji" (2:197).
“Janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (IHRAM);” (5:95).
Maka ihram bukanlah sejenis pakaian yang dipakai semasa Haji, seperti yang dimaklumkan oleh sesetengah pihak. Ia adalah keadaan seseorang ketika berada dalam larangan dan kesucian Haji.
Peribadatan
Ibadah Haji disempurnakan di Mekah. Bukti bagi kenyataan tersebut, yang dipetik daripada al-Qur'an, boleh didapati di sini.
Haji bermula dengan suatu ketetapan yang dibuat. Menurut pendapat penulis masa yang paling baik untuk membuat ketetapan itu adalah ketika memulakan perjalanan dari tempat kediaman menuju ke Rumah yang berada di Mekah.
Upacara Haji bermula dengan berkumpul di Arafah, dan kemudian, bergerak menuju ke Rumah, melalui Masy'aril Haram, Safa dan Marwa, dan Masjidil Haram. Mengingati Allah dengan banyak, memohon ampun kepada-Nya, memenuhi nazar yang telah dibuat, melakukan iktikaf, solat, tawaf, korban, dan akhirnya mencukur kepala adalah amalan-amalan yang disebut untuk Haji.
Untuk penjelasan selanjutnya, tetapi dengan ringkas sahaja, diturunkan ayat-ayat al-Qur’an menurut urutan peribadatan dalam Haji dari awal hingga ke akhir:
1. Bertolak dari Arafah
Berkumpul dan bertolak dari Arafah. Firman-Nya,
“Apabila kamu bertolak dari Arafah ..... Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah” (2:198-199).
2. Ingat (kepada Tuhan)
“Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci (Masy'aril Haram), dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat” (2:198).
Ingat kepada Tuhan juga disuruh apabila melakukan "korban" kemudian. Firman-Nya,
“Dan binatang-binatang korban .... Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah .....” (22:36).
3. Safa dan Marwa
Setelah sampai di Safa dan Marwa, orang-orang yang melakukan Haji akan bertawaf antara keduanya. Namun, ia bukanlah wajib. Firman-Nya,
“Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya” (2:158).
4. Masuk Masjidil Haram
Kemudian, mereka masuk ke Masjidil Haram. Firman-Nya,
“Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: ‘Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut’" (48:27).
“Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya” (48:25).
Apabila dihalangi, maka hendaklah mengadakan pemberian. Firman-Nya,
“Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban” (2:196).
5. Solat
Solat dilakukan di medan (makam) Ibrahim. Firman-Nya,
“Dan apabila kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, ‘Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat’" (2:125).
6. Tawaf (tatawafa)
Selain di Safa dan Marwa, tawaf disempurnakan di Rumah Tua. Tidak pula disebut berapa kali, maka terpulanglah mengikut keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Firman-Nya,
“dan bertawaf di Rumah Tua” (22:29).
7. Mengelilingi (taif)
Taif dilakukan di Rumah. Di situ juga dilakukan amalan bertekun (iktikaf), dan amalan berdiri, tunduk, serta sujud (seperti dalam solat). Firman-Nya,
"Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud" (2:125).
“Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud” (22:26).
8. Peribadatan
Korban (haiwan ternakan - 22:34) adalah satu peribadatan dalam Haji. Firman-Nya,
“Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka mengorbankan. Janganlah mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan” (22:67).
9. Pemberian
Korban itu juga adalah apa yang dikatakan "pemberian". Firman-Nya,
“Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.” (2:196).
“Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya” (48:25).
Pemberian dibawa ke Kaabah (5:95).
10. Korban
Yang dikorbankan adalah haiwan ternakan, yang dimakan dan diberi kepada orang-orang fakir. Tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua. Firman-Nya,
“Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, ‘Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara’" (22:28).
“Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korban adalah di sekitar Rumah Tua” (22:33).
Ia juga diberi kepada pengemis (22:36).
11. Mencukur Kepala
Kepala dicukur, rambut dipotong pendek, sejurus sebelum memasuki Masjidil Haram. Firman-Nya,
"Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut.'" (48:27)
Amalan tersebut dilakukan juga apabila dihalangi daripada memasuki Masjidil Haram:
"dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban" (2:196)
12. Rantai Leher
Firman-Nya,
“Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu” (5:97).
Menurut sesetengah pendapat, rantai tersebut dipakai pada haiwan yang dikorbankan, untuk membezakannya dengan haiwan lain yang bukan untuk amalan korban.
13. Nazar
Firman-Nya,
“Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua” (22:29).
14. Denda kerana Memburu
Firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya” (5:95).
15. Setelah Melaksanakan
Setelah melaksanankan peribadatan, ingatlah Allah dengan banyak dan berdoa seperti yang ditunjukkan di dalam ayat berikut:
“Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia’, dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. Dan di antara manusia ada yang berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api’" (2:200-201).
Demikianlah mengenai Haji di dalam al-Qur'an. Namun begitu, ia adalah hanya pendapat penulis yang tidak terlepas daripada sebarang kebengkokan.
Walau apapun, perbezaan antara amalan Haji di dalam al-Qur’an dengan yang lazim dilakukan oleh umat pada hari ini, atas nama Nabi atau Rasul, adalah jelas kelihatan. Misalannya, musim Haji, amalan melontar batu di Mina (yang sejak kebelakangan ini telah mengorbankan banyak nyawa), tempat korban, sa'i di Safa dan Marwa, kunjungan ke Madinah, pakaian ihram, mencium batu hitam, dan melambai Kaabah. Perkara-perkara yang diada-adakan itu tidak disebut Allah di dalam Kitab ajaran-Nya. Mungkinkah Dia telah terlupa? Firman-Nya,
"Kami tidak mengalpakan sesuatu di dalam al-Kitab" (6:38).






arini aku jln2 kt google, jumpe artikel kt atas ni...merawang jgk mengingatkan 3 org anak sepupu yg aku ajar ngaji mlm td...


diorang bakal jd tamu ALLAH xlme lg....


aku?...seronok bile ada generasi muda (terlalu muda) dipilihNYA...


aku?....xseronok jgk sbb aku blm punya rezeki utk menjadi tetamu NYA....hmmm




bile aku fkir 2 kali, mgkin blm masanya..mgkn aku blm pny kekuatan utk bertandang dirumahNYA...byk hikmah yg mmg aku xnmpk...who knows??hanya DIA...=)

jom puasa =)

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam


- Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
- Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada 9 haribulan Muharram.
- Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
- Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
- Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
- Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

JOM PUASA!!