Isnin, 30 November 2009

wanita acuan AL-Quran

WANITA ACUAN AL-QUR'AN
(Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)
Bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu'minah yang taat pada Ilahi
Itulah... Perempuan acuan al-Qur'an.
P/s: Masih adakah Wanita Acuan al-Qur'an di zaman ini?
insyaAllah...doa-doakan..amin

Rabu, 25 November 2009

ayah....

ptg nie aku teringin utk describe ttg 'ayah'ku...
esok smua akan menyambut AidulAdha....Aid yg kedua dlm taqwim islam...
saban tahu, raya haji slalunye xsemeriah raya puasa dlm keluarga kami...tapi...........
tahun nie berbeza........


ayah aku nazar sembelih seekor lembu klu aku berjaya hafiz khatam quran....klu aku fkir hal ni mesti ada air mata kt mata nie...xbyk pn skit, ni dh bergenang bile ingatkan...=( aku terharu...rase mcm mahu peluk ayah n ckp "ayah sgt baik!!"..........
lembu dah pn sampai kt rumah lame aku..ditambat n dijaga serapi2nya....b4 die smpai pn, ayah dh pesan pd 1 ustaz yg keje kt felda sbg pegawai agama utk jaga lembu 2 elok2..xmkn mknn syubhah, sentiasa elok keadaannya....aku xtau smua 2, sampailah ibu bgtau aku 1 malam...menangis aku....ayah sgt menjaga aku....sedih, terharu, rasa dihargai...bercampur rasa...

teringat aku wak2 ayah n ibu nk bertolak ke Tanah Haram...ayah pesan pada paklang..."ingtkn along, sy ad nazar 1 lembu klu k.ngah jd hafizah..ingtkan along ye klu sy xsempat blk....lg 1, kahwinkan k.ngah...." menangis aku wk2 2....dlm otak hnya fkir keselamatn mereka...mg diterima ibadah mereka n mg mereka blk dgn selamat.........alhamdulillah, ayah ibu kmbali dgn selamat...

bile aku habis je tasmi' dgn ustazah utk khatamkan hafalan, aku terus call ayah..dgr suara ayah je, aku terus nangis teresak2...suara ayah sgt2 meruntun perasaan....xkan aku lupa moment bersejarah 2 dlm ingatan...ayah kate..."klu dekat, ayah teringin dtg...tp jauh, pastu keadaan along baru nk sembuh (time 2 along kena ILI)" aku menangis, xpe ayah, ayah doakan sy dah cukup sy hargai.....

dialah lelaki yg cukup aku sanjungi, aku hormati, aku sayangi.....xterbalas jasa ayah klu dikira...belum tambah lagi doa-doa ayah utk aku adik-beradik....






"Ya Allah, KAU permudahkanlah jalan anak2ku, KAU terangkanlah mereka kala mereka kegelapan, KAU lapangkanla kala mereka kesempitan, KAU ringankanlah kala mereka keberatan...hanya padaMU aku serahkan anak2ku".........2 doa ayah tiap kali habis solat...

'Ya Rabb, KAU Peliharalah ibubapa kami seprtimana mereka menjaga kami ketika
kecil'




p/s : aku TERAMAT sayang ayah...

buatmu mujahidah


Pesanan buatmu yang bernama shaabah almuslimah...
Perempuan yang ku KASIHI adalah pencinta Tuhannya yang mengalir cinta,
takut dan harap yang menguasai perjalanan hidupnya
setiap masa sehingga
Dia memanggilnya.
Perempuan yang aku RINDUI
adalah perempuan yang di wajahnya terpancar sinar nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya sentiasa membesar Allah
Perempuan yang aku CINTAI
yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
biarpun namanya tidak terkenal di bumi
tetapi di langit, ia disanjung tinggi
Perempuan yang aku SAYANGI
bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar dengan apa yang tiada cinta kepada hidup yang sederhana
yang tidak bermata dunia.
Perempuan yang aku SUKAI
adalah sejuk mata memandang
dek terlihat keluhuran akhlaknya
menjadi sumber ketenangan jiwa
bila hati bergelora
Perempuan yang aku IDAMI
adalah yang mengingatkan hatiku
kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
bila rohku melupai janji pada Ilahi
Perempuan yang aku SANJUNGI
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku
untuk meneruskan perjuangan
di kemudian hari
Dimanakah dapat kucari perempuan yang bernama SHAABAH ALMUSLIMAH? Jadilah diri semulia Khadijah..sebijak Aisyah.. sekentalnya iman Sumayyah..seutuh Masyitah.. sehebat Nusaibah dan sequdus taqa Rabiatul Adawiyah...

sahabat

sahabat?
aku blh ungkai dgn 3 words.....BEST,GORGEOUS,REMIND.....
2 la yg aku blh describe, seronok menambah kenalan sedunia...lebih2 lagi bile kami same2 menuntut di KITAB aka MTQPP (jgn marah yer)

1. BEST
- diorang sentiasa disisi aku bile aku memrlukan utk ketawa,menangis,kdg2 hangin xtentu pasal...merekalah sahabt,merekalah teman,merekalah teman bergaduh (manje2), merekalah everything utk aku bile dok jauh2 kt penang 2...
- best sbb diorg slalu teman aku nk pg mane2
- best sbb diorg always teman aku mkn w/pun dh kenyang..huhu
- yg pling best sbb diorg sentiasa memahami kerenah aku yg aku sendiri xfhm..(errr..)

2. GORGEOUS
- cantik2...tapi AWAS! mawar berduri...
- cantik dihiasi warna2 solehah..
- cantik dihiasi NUR Al-Quran
- cantik dgn santunnya,tuturnya
- cantik2 la.....(sape lg nk puji klu bkn aku sahabat diorang =) )

3.REMIND
- part ni paling aku suka ttg diorg.....
- always ingatkan aku kekuasanNYA walau aku hanya memandang mereka...
- sentiasa punya naluri kesusahan aku...(kuat bonding ye..huhu)
- mengingatkan aku bahawa aku juga hamlatul Quran....
- aku dtg dgn sifar, dan aku pulang dgn secebis ilmu NYA....

aku bersahabat dengan manusia2 yg sentiasa mengingatkanku......ALHAMDULILLAH.....
SYUKRAN YA RABB..........





p/s : aku makin suke ber'blog'....mcmne nie? errr........

HAJI

Haji di dalam al-Qur’an


Adakah al-Qur'an menunjukkan cara ibadah Haji? Itulah soalan yang selalu ditanya oleh sesetengah pihak. Lantaran, soalan tersebut cuba dijawab di kertas ini.
Usaha mencari jawapannya bermula dengan meneliti ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "Haji", dan kemudian kepada ayat-ayat lain di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan Haji disentuh. Ayat-ayat itu banyak.
Wajib
Daripada al-Qur'an, didapati bahawa amalan Haji dan penyempurnaannya adalah perintah Tuhan. Terdapat tiga ayat yang membawa perintah itu, dan mereka adalah:
“Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah” (2:196).
"Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana” (3:97).
“Dan serulah manusia kepada haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam" (22:27).
Maka, dengan itu, Haji adalah wajib untuk disempurnakan oleh hamba-hamba-Nya yang mampu membuat perjalanan ke Rumah dan melakukan beberapa suruhan-Nya di sana.
Bila
Haji bermula pada 1 hari bulan atau awal bulan. Bulan-bulan haji pula adalah diketahui, kata-Nya, iaitu pada bulan-bulan haram yang empat. Ayat-ayat Allah yang berikut menjelaskannya:
“Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, ‘Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji’” (2:189).
“Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui” (2:197).
“Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya HARAM (hurum). Itulah agama yang betul” (9:36).
Kaitan antara bulan-bulan Haji dengan bulan-bulan haram dapat dibuktikan dengan mengumpul beberapa ayat yang bersangkutan dengan mereka. Sila click di sini untuk melihatnya.
Bulan-bulan Haji, atau bulan-bulan haram, adalah dari bulan Haji dan berterusan selama empat bulan selanjutnya (9:2).
(Untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang catatan sejarah mengenai kalendar Islam dan kalendar yang dipakai oleh orang-orang Jahiliah yang mengandungi 13 bulan setahun, sila click di sini. Mungkin kerana itulah Tuhan menegaskan bahawa bilangan bulan dalam setahun adalah dua belas. Terima kasih kepada seorang sahabat yang mengirimnya beberapa tahun lalu.)
Hurum
Perkataan hurum yang telah disebut adalah apa yang difahamkan umum sebagai ihram. Kalimat tersebut sebenarnya adalah kata jamak bagi haram. Ayat-ayat yang mengandunginya ada lima, dan mereka adalah seperti di bawah:
"... supaya kamu tidak menganggap bahawa binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam hurum (haram / ihram)." (5:1)
"janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam hurum (haram / ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya." (5:95)
"Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam hurum ( haram / ihram);" (5:96)
"Kemudian, apabila bulan-bulan hurum ( haram) telah pergi, bunuhlah orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka ....." (9:5),
dan kelima, ayat 9:36, yang telah dipetik tadi.
Maka frasa "dalam hurum" bermaksud "dalam haram" kerana bulannya haram.
Ihram
Oleh kerana hurum didapati berkaitan dengan Kaabah (5:95 tadi), dan Kaabah di situ berkaitan pula dengan Haji, maka "dalam hurum" disimpulkan kepada "dalam keadaan mengerjakan Haji" atau dengan ringkasnya disebut di sini sebagai "ihram", seperti yang diketahui umum.
Seseorang berada dalam keadaan itu setelah dia menetapkan dirinya untuk mengerjakan ibadah Haji. Terdapat pula beberapa larangan sesudah menetapkan diri untuk haji, dan semasa ihram. Larangannya adalah bercampur dengan isteri, berbuat fasiq, berbantahan, dan juga, membunuh binatang buruan. Firman-Nya,
"Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji" (2:197).
“Janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (IHRAM);” (5:95).
Maka ihram bukanlah sejenis pakaian yang dipakai semasa Haji, seperti yang dimaklumkan oleh sesetengah pihak. Ia adalah keadaan seseorang ketika berada dalam larangan dan kesucian Haji.
Peribadatan
Ibadah Haji disempurnakan di Mekah. Bukti bagi kenyataan tersebut, yang dipetik daripada al-Qur'an, boleh didapati di sini.
Haji bermula dengan suatu ketetapan yang dibuat. Menurut pendapat penulis masa yang paling baik untuk membuat ketetapan itu adalah ketika memulakan perjalanan dari tempat kediaman menuju ke Rumah yang berada di Mekah.
Upacara Haji bermula dengan berkumpul di Arafah, dan kemudian, bergerak menuju ke Rumah, melalui Masy'aril Haram, Safa dan Marwa, dan Masjidil Haram. Mengingati Allah dengan banyak, memohon ampun kepada-Nya, memenuhi nazar yang telah dibuat, melakukan iktikaf, solat, tawaf, korban, dan akhirnya mencukur kepala adalah amalan-amalan yang disebut untuk Haji.
Untuk penjelasan selanjutnya, tetapi dengan ringkas sahaja, diturunkan ayat-ayat al-Qur’an menurut urutan peribadatan dalam Haji dari awal hingga ke akhir:
1. Bertolak dari Arafah
Berkumpul dan bertolak dari Arafah. Firman-Nya,
“Apabila kamu bertolak dari Arafah ..... Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah” (2:198-199).
2. Ingat (kepada Tuhan)
“Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci (Masy'aril Haram), dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat” (2:198).
Ingat kepada Tuhan juga disuruh apabila melakukan "korban" kemudian. Firman-Nya,
“Dan binatang-binatang korban .... Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah .....” (22:36).
3. Safa dan Marwa
Setelah sampai di Safa dan Marwa, orang-orang yang melakukan Haji akan bertawaf antara keduanya. Namun, ia bukanlah wajib. Firman-Nya,
“Safa dan Marwa adalah di antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya” (2:158).
4. Masuk Masjidil Haram
Kemudian, mereka masuk ke Masjidil Haram. Firman-Nya,
“Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: ‘Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut’" (48:27).
“Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya” (48:25).
Apabila dihalangi, maka hendaklah mengadakan pemberian. Firman-Nya,
“Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban” (2:196).
5. Solat
Solat dilakukan di medan (makam) Ibrahim. Firman-Nya,
“Dan apabila kami membuatkan Rumah untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, ‘Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat’" (2:125).
6. Tawaf (tatawafa)
Selain di Safa dan Marwa, tawaf disempurnakan di Rumah Tua. Tidak pula disebut berapa kali, maka terpulanglah mengikut keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Firman-Nya,
“dan bertawaf di Rumah Tua” (22:29).
7. Mengelilingi (taif)
Taif dilakukan di Rumah. Di situ juga dilakukan amalan bertekun (iktikaf), dan amalan berdiri, tunduk, serta sujud (seperti dalam solat). Firman-Nya,
"Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud" (2:125).
“Dan kamu bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud” (22:26).
8. Peribadatan
Korban (haiwan ternakan - 22:34) adalah satu peribadatan dalam Haji. Firman-Nya,
“Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka mengorbankan. Janganlah mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan” (22:67).
9. Pemberian
Korban itu juga adalah apa yang dikatakan "pemberian". Firman-Nya,
“Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram.” (2:196).
“Mereka adalah orang-orang yang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya” (48:25).
Pemberian dibawa ke Kaabah (5:95).
10. Korban
Yang dikorbankan adalah haiwan ternakan, yang dimakan dan diberi kepada orang-orang fakir. Tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua. Firman-Nya,
“Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, ‘Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara’" (22:28).
“Padanya beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian tempat korban adalah di sekitar Rumah Tua” (22:33).
Ia juga diberi kepada pengemis (22:36).
11. Mencukur Kepala
Kepala dicukur, rambut dipotong pendek, sejurus sebelum memasuki Masjidil Haram. Firman-Nya,
"Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut.'" (48:27)
Amalan tersebut dilakukan juga apabila dihalangi daripada memasuki Masjidil Haram:
"dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban" (2:196)
12. Rantai Leher
Firman-Nya,
“Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu” (5:97).
Menurut sesetengah pendapat, rantai tersebut dipakai pada haiwan yang dikorbankan, untuk membezakannya dengan haiwan lain yang bukan untuk amalan korban.
13. Nazar
Firman-Nya,
“Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua” (22:29).
14. Denda kerana Memburu
Firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya” (5:95).
15. Setelah Melaksanakan
Setelah melaksanankan peribadatan, ingatlah Allah dengan banyak dan berdoa seperti yang ditunjukkan di dalam ayat berikut:
“Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia’, dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. Dan di antara manusia ada yang berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api’" (2:200-201).
Demikianlah mengenai Haji di dalam al-Qur'an. Namun begitu, ia adalah hanya pendapat penulis yang tidak terlepas daripada sebarang kebengkokan.
Walau apapun, perbezaan antara amalan Haji di dalam al-Qur’an dengan yang lazim dilakukan oleh umat pada hari ini, atas nama Nabi atau Rasul, adalah jelas kelihatan. Misalannya, musim Haji, amalan melontar batu di Mina (yang sejak kebelakangan ini telah mengorbankan banyak nyawa), tempat korban, sa'i di Safa dan Marwa, kunjungan ke Madinah, pakaian ihram, mencium batu hitam, dan melambai Kaabah. Perkara-perkara yang diada-adakan itu tidak disebut Allah di dalam Kitab ajaran-Nya. Mungkinkah Dia telah terlupa? Firman-Nya,
"Kami tidak mengalpakan sesuatu di dalam al-Kitab" (6:38).






arini aku jln2 kt google, jumpe artikel kt atas ni...merawang jgk mengingatkan 3 org anak sepupu yg aku ajar ngaji mlm td...


diorang bakal jd tamu ALLAH xlme lg....


aku?...seronok bile ada generasi muda (terlalu muda) dipilihNYA...


aku?....xseronok jgk sbb aku blm punya rezeki utk menjadi tetamu NYA....hmmm




bile aku fkir 2 kali, mgkin blm masanya..mgkn aku blm pny kekuatan utk bertandang dirumahNYA...byk hikmah yg mmg aku xnmpk...who knows??hanya DIA...=)

jom puasa =)

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam


- Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
- Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada 9 haribulan Muharram.
- Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
- Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
- Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
- Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

JOM PUASA!!

my 1st entri

urmmm....tgk maudhu' dh tau..org bru dlm dunia2 blog nie...
yup...diriku masih baru...baru nak mula bertatih2...selama ni as a silent reder blog2 lain...seronok baca kisah2 hidup sahabat2 kat luar yang dari pandangan aku, insan2 yg cukup rajin berkongsi rasa setiap detik selagi nafas masih dipinjamkan.........
dulu aku fikir blog2 ni sesuatu yg cukup 'menyesakkan' until aku attend satu kelas fiqh wk2 belajar dulu...terngiang2 kata ustaz tentang sabda baginda yg aku sure smua hafal....
"ditinggalkan anak adam 3 perkara : anak yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah yg diinfakkan"then, ustaz 2 huraikan 1 persatu pd kami yg masa 2 baru nk mengenal apa itu kitab Fiqh Manhaji..siap contoh2 lagi, tapi pada 'ilmu yg bermanfaat' 2 beliau tekan isu blog...die kate 2 pn slh 1 pengantara terdekat kamu dalam berdakwah,yela zaman skrg ni...Gunakan kemudahan yg dikurniakanNYA,.............aku terpanggil utk menulis, aku terpanggil utk mencoret secebis pengalamn kehidupan yg mungkin blh dikongsi...



Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...=)